Tasha, rusa 'dapat' RM23,000  
 

Kosmo! :: Thursday November 15, 2007

KUALA LUMPUR - Semangat yang mendalam untuk memastikan binatang liar tidak pupus telah mendorong pihak pengurusan Sekolah Sri Kuala Lumpur menyumbang RM23,000 kepada Persatuan Zoologi Malaysia di Zoo Negara semalam. 

Sumbangan tersebut bertujuan untuk menampung kos perbelanjaan tahunan seekor harimau berusia empat tahun bernama Tasha dan dua ekor rusa yang ditempatkan di zoo berkenaan.

Pengarah Pendidikan Othman Merican (OM), Sekolah Sri Kuala Lumpur, Rais Abdul Manas berkata, sekolah itu terlibat dalam pemberian sumbangan tersebut  sejak 20 tahun lalu.

 

BUSH (belakang empat dari kiri) dan Pengetua Sekolah Sri Kuala Lumpur, Dr Tan Khun bersama pelajar sekolah pada mejlis penyampaian sumbangan RM23,000 di Zoo Negara semalam.

"Kami berbangga kerana sekolah kami merupakan satu-satunya sekolah swasta yang memberikan sumbangan terbanyak setiap tahun untuk kedua-dua haiwan berkenaan.

"Dengan sumbangan yang diberikan ia serba sedikit dapat memupuk kasih sayang para pelajar terhadap haiwan serta alam sekitar," katanya.

Selain itu, Naib Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, James E. Bush memberitahu, sumbangan itu sebahagian daripada tanggungjawab sosial membantu pihak yang terlibat memelihara hidupanliar daripada pupus.

 

TASHA kini mendapat perhatian

 
     

 

 

  Copyright by OM Education Sdn Bhd 2006. All rights reserved.