|
Harian Metro :: Khamis November 15, 2007
HULU KLANG - Atas kesedaran pentingnya memelihara
khazanah alam semulajadi, Sekolah Sri Kuala Lumpur (SSKL),
menyerahkan cek RM23,000 untuk menjadikan seekor harimau betina
yang diberi nama Tasha sebagai anak angkat mereka di Zoo Negara
di sini, semalam.
Pengarah OM Educatin Sdn Bhd, Rais Abdul Manas,
berkata program itu bertujuan memupuk rasa cinta terhadap
hidupan liar dan mendekatkan pelajar kepada alam semula jadi.
"Pemilihan Tasha sebagai anak angkat di
sekolah kami untuk meneruskan kesinambungan usaha yang kami
lakukan sebelum ini.
SUMBANG.. Bush (belakang)
bergambar bersama murid SSKL
"Ini bukan kali pertama sekolah ini menaja
haiwan di Zoo Negara, malah sebelum ini seekor kancil menjadi
anak angkat dan pada 1991, seekor harimau Benggala, Mamba
diambil sebagai anak angkat yang kedua dan kini, 'Mamba Junior',
seekor harimau betina Malaya dan dua ekor kancil lagi,"
katanya.
Selain penyerahan cek, Malaysia Conversation
Alliance for Tiger (MYCAT) memberikan penerangan mengenai
kepupusan harimau dan ancaman haiwan itu terhadap pemburuan
haram untuk kempen Hari Harimau 2007 pada Disember ini.
Naib Presiden Zoo Negara, James E, Bush, berkata
pihaknya menghargai sumbangan SSKL kerana sokongan sekolah
itu selama 20 tahun banyak membantu haiwan di Zoo Negara.
|